"Hai orang2 yang beriman, jika datang kepada mu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

IsLAM AdIL

IsLAM AdIL

Khamis, 27 Oktober 2011

Restoran paling mahal juga ada di malaysia.

pas.bukit beruang

amenoworld.blogspot.com

Malaysia ialah negara yang unik dan penuh dengan pelbagai sejarah dan warisan. Terbaru negeri melaka yang mengenakan caj warisan 5% yang tak pernah dihebahkan menerusi buletin utama telah mencipta sejarah baru. Sejarah baru neh akan menjadi warisan anak cucu cicit akan datang. Dan siapa tahu mereka pula akan mengenakan caj sejarah 5% sebagai menghargai warisan neh. 


Lihat bawah neh ;


Terbaru 'seekor' lagi 'gajah putih' ditangkap dan dipelihara iaitu restoran terapung di Ayer Keroh.

Restoran ini berharga RM1.2 juta di Ayer Keroh. Restoran ini menjadi Gajah Putih selepas pengusaha-pegusaha di restoran terpaksa terpaksa gulung tikar tahun lalu sehingga menyebabkan sewa serta bil air dan elektrik tertunggak mencecah sehingga RM26,000. Kerajaan negeri Melaka diberitakan hanya mengutip sekitar RM57,500 sahaja.

Media hari ini menyiarkan pendedahan Adun Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong yang mendedahkan bahawa projek restoran terapung telah menyebabkan hangusnya duit rakyat bernilai RM1.2 juta akibat kegagalan projek tersebut.

Ternyata kegagalan projek ini menambahkan lagi koleksi kegagalan kerajaan negeri Melaka dalam menganalisa, merancang dan melaksanakan sesuatu projek yang melibatkan duit rakyat -mutaligat-
Sebagai rakyat malaysia, saya tepuk tangan bila membaca dan mengetahui bahawa rm1.2juta telah dibazirkan dengan penuh senyuman. Bagi saya, bersyukur adalah perbuatan yang sangat baik. rm1.2juta bukan apa2 sangat pun. Hanya mengenakan caj warisan 5% pada bila2 masa melaka akan dapat semula rm1.2juta yang telah dibazirkan. Malahan akan dapat lebih banyak dari itu lagi. 

Semakin banyak dapat semakin banyak peluang untuk ali rustam buang duit. Dan semakin banyak duit terbuang semakin banyak cukai2 baru akan diperkenalkan. Semakin banyak cukai2 baru diperkenalkan semakin sengsara rakyat di bawah bn. Dan semakin ramai rakyat sengsara maka semakin cepat kubur untuk mereka akan tercipta. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan