"Hai orang2 yang beriman, jika datang kepada mu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

IsLAM AdIL

IsLAM AdIL

Ahad, 28 Ogos 2011

ASSALAMUALAIKUM

pas.bukit beruang
Bismillah..

HAri ini jam 12.30 tgh hari tadi, salah seorang ahli Pas Bukit Beruang, Mohd Nor Mustafa telah kembali kerahmatullah. Insyallah jenazahnya akan disemdikan sebelum asar. AL-FATIHAH..

Selasa, 23 Ogos 2011

Tiga Menteri Didakwa Bersubahat Menjatuh KHIR TOYO

pas.bukit beruang

syukran milosuam

SEJAK dari awal lagi rakyat Selangor sudah mengetahui bahawa tindakan menghukum Khir Toyo atas tuduhan rasuah hanyalah sandiwara pihak tertentu untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional.

Kes rasuah melibatkan Khir Toyo sudah bergema sejak lama dahulu, namun baru kini dibicarakan. Terlalu jelas menunjukkan bahawa Khir Toyo dibicarakan kerana beliau sudah tidak ada guna lagi di dalam Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak). Khir Toyo mahu dibuang dari Umno kerana sudah tiada guna.

Namun penyokong dan pemimpin United Malays No Otak menafikan dakwaan itu. Kononnya mereka difitnah oleh pembangkang. Macam-macam alasan diberikan bila ditanya kenapa baru hari ini Khir Toyo baru nak dibicarakan?

Akhirnya penipuan United Malays No Otak terjawab. Dibongkarkan sendiri oleh Khir Toyol. Ibarat penyamun jual perompak, begitulah keadaannya. Khir Toyol mendedahkan bahawa ada 3 menteri yang mahu dirinya dimasukkan ke penjara untuk Umno menawan kembali Selangor.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Penyelamat MELAYU & ISLAM, Kononnya.. PEGI DAH...

pas.bukit beruang

Sebelum saudara-saudara membaca dengan lebih lanjut, mai kita sama-sama fikirkan, sejak bila PERKASA ini berjuang untuk menegak ISLAM. HAiran... Apa-apa pun terima kasih daun keladi yeak ..=)

Kumpulan pendesak Melayu PERKASAm hari ini menyatakan rasa kecewanya terhadap pemimpin Melayu dalam pelbagai parti yang didakwanya "kebulur" terhadap undi Kristian sehingga "menggadaikan maruah Islam".

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali (kiri) berkata, sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

"Jangan fikir soal parti lagi. Pemimpin Islam mesti bersatu, mesti berhenti kejar undi Kristian. "Kenapa kebulur sangat pada undi Kristian sehingga menggadaikan maruah Islam?" soalnya. Bercakap dalam sidang media di perkarangan Masjid Negara, Syed Hassan berkata, bermula dengan kontroversi penggunakan kalimah Allah, penganut Kristian mengasak umat Islam dengan pelbagai isu, sehingga kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Mashitah Ibrahim Cuba Tegakkan Benang Basah ( dia Nih ke napa )

pas.bukit beruang
terima kasih daun ubi

Saya berhajat untuk membalas tulisan Dr Mashitah Ibrahim bertajuk “Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?” Artikel beliau disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011. Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.

Lupakah Mashitah parti yang beliau wakili telah meluluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Sesiapa yang merujuk kepada Akta tersebut akan melihat bahawa “Murtad” tidak menjadi salah satu dari kesalahan jenayah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Siapakah yang telah meluluskan Akta Jenayah Syariah ini? Adakah DAP? Adakah Ambiga? Adakah Gereja Methodist Damansara Utama?

Atau, bukankah yang meluluskannya adalah Umno? Maka, bolehkah kita katakan Umno sendiri penyokong kepada murtad secara sukarela memandangkan murtad dihalalkan di Wilayah2 Persekutuan. Tidak hairanlah Lina Joy tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah atas jenayah murtad memandangkan Lina Joy dibaptiskan di sebuah gereja di Brickfield (yang berada di dalam Wilayah Persekutuan).

Khamis, 18 Ogos 2011

UMorNOnono Tak Mahu Mengaku...

pas.bukit beruang

terima kasih daun KELAPA

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan  parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini. Sebaliknya tegas Mustafa, beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.

“Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.
“Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.
Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin. “Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.
“Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais,” katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu. Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais. Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan. Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan.

Menang RM10,000.00 woo #NescafeChilllah

KORA sahaja rekaan anda untuk TIN NESCAFE, dan menang RM 10,000! woooha #NescafeChilllah
pas.bukit beruang@gmail.com

Selasa, 16 Ogos 2011

RM25,000.00 raya tahun nih... wah, Best kan? klick jek...

apa perasaan ANDA jika anda dapat RM25,000.00 raya tahun nih... wah, Best kan? klick jek...
pas.bukit beruang tak lah nak memberinya, tapi kami cube menolong untuk anda, beserta kami untuk memenangi nya tahun ini.. TERBAIK lah... =)

Boleh Percayake Sumpah PEREMPUAN nih... ?

terima kasih daun keladi

Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu. Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya. Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Selasa, 9 Ogos 2011

Najib&Rosmah Di panggil ke Mahkamah.


Saksi: Najib, Rosmah dipanggil ke mahkamah
Saksi: Najib, Rosmah dipanggil ke mahkamah
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil ke mahkamah sebagai saksi dalam kes perbicaraan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor KeadilanDaily.
Najib dan Rosmah, mahkamah juga membenarkan pihak pembela, memanggil 18 saksi lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada awal perbicaraan yang menyaksikan hari pertama Anwar dipanggil membela diri.
Zabidin dalam keputusannya berkata apabila pendakwa raya menawarkan saksi, maka pendakwaraya bertanggungjawab memastikan saksi hadir ke mahkamah.

Hakim juga bersetuju peguam bela berhak menemubual saksi dengan syarat mereka  sedia dipanggil.
“Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan),” katanya.

Dalam permohonan sebelum ini, Anwar memohon mahkamah mengarahkan pihak pendakwa memastikan kehadiran semua saksi, yang ditawarkan  di akhir kes mereka, untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.
Anwar mahu memanggil Najib, Rosmah, pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Selain 5 saksi itu, Ketua Pembangkang itu juga mahu menemu bual 10 saksi alibi.

Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan pada hari ini hingga 26 Ogos. ( Harakah Daily.)

Khamis, 4 Ogos 2011

Gerakan Menjatuhkan Najib?

SEBELUM ini telah didedahkan di MiLo SuaM, bahawa ada gerakan mendesak Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan berikutan imej dan kepimpinannya semakin tidak diyakini [Penawar desak Najib Letak jawatan]

Portal Free Malaysia Today, FMT mengukuhkan lagi berita tersebut, malah turut menamakan siapakah gerangan orang di belakang gerakan mendesak Najib melepaskan jawatannya itu.

Menurut FMT, di sebalik tanggapan umum yang menggambarkan sokongan terhadap Najib, timbalannya Muhyiddin Yassin dengan restu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir secara senyap melakukan gerakan ini [FMT].


Sebuah organisasi yang dianggotai oleh bekas ahli-ahli parlimen Umno telah menyuarakan ketidakyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletak jawatan.

Organisasi yang dimaksudkan ialah, Penawar yang diketuai oleh bekas menteri kabinet Aziz Shamsuddin yang juga bekas setiausaha politik Tun Mahathir sejak 1981 hingga 2002.

Salah seorang ahli Penawar yang tidak mahu dikenali berkata, organisasi tersebut telah mengadakan satu mesyuarat minggu lalu bahawa sudah tiba masanya Najib melepaskan jawatannya.

"Ianya terpulang kepada Najib, Jika beliau sayangkan negara dan orang-orang Melayu, beliau harus letak jawatan secepat mungkin".

"Jika dia bukan seorang yang pentingkan diri, maka dia harus letak jawatan" menurut salah seorang ahli penawar seperi dilaporkan oleh FMT.

Jelas sekali Najib bakal menerima nasib yang sama seperti yang dilalui oleh Imam Hadhari sebelum ini. Masih segar di ingatan, bagaimana Tun Mahathir sanggup keluar Umno, malah mengadakan "road show" ke seluruh negara semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah.

milosuam