"Hai orang2 yang beriman, jika datang kepada mu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

IsLAM AdIL

IsLAM AdIL

Khamis, 21 Julai 2011

Apa UMNO Melaka buat, untuk Ramadhan INI..

UMNO Melaka Tunduk pada Tokeh2 Disko


NOTA EDITOR: Ali Rustam@Ali Ketam telah membuat keputusan untuk melanjutkan waktu operasi pusat hiburan di Melaka dari jam 1 pagi kepada jam 3 pagi.

Di saat UMNO berhempas pulas menuduh PAS tunduk pada DAP, tindakan Ali Rustam ini membuktikan UMNO tunduk pada tauke2 disko di Melaka.

Padahal, berbeza dgn negeri2 lain, di Melaka, UMNO mempunyai 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri (Sila klik di sini). Ertinya UMNO boleh memerintah Melaka TANPA MCA, MIC dan GERAKAN. PAS Kedah sendiri tidak ada penguasaan 2/3 di DUN Kedah.

Namun, pengusaha2 pusat hiburan di Melaka mampu MEMPERKUDAKAN UMNO Melaka. Hairan hairan.

Hebat juga cara UMNO Melaka menyambut Ehya Ramadhan.

Imelda Rosmah masih berdiam.

Sudah hampir dua minggu pendedahan mengenai wujud satu kemasukan belian bernilai RM24.45 j terkait nama Imelda Rosmah. Sejak itu dia diam dan membisu cuma 'pengampu-pengampu' dia yang sibuk bertungkus lumus menjawab. Mulanya pengampu Imelda mengatakan bunti tersebut palsu dan kini sudah tidak boleh menyangkal setelah SPRM mengesahkan dokumen tersebut maka muncul pula borang kastam kedua kononya belian tiu dibawa keluar 4 hari selepas itu. Kononya belian itu untuk satu pameran belian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya.

Klik bahan - bahan di bawah untuk membaca mengenainya.

  • Pendedahan antara bukti yang diperolehi "gambar screen komputer kastam" yang mengandungi maklumat kemasukan belian bernilai RM24.45 j. Nilai ini saya sebut dari awal dalam RM bukan USD cuma mungkin ada blogger terkeliru dan menukarnya dalam USD. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html sebaik sahaja bukti ini disiarkan pengampu - pengampu Imelda terus mengatakan ia gambar photoshop palsu
  • Tidak kuarng juga yang konon cabar kalau berani che'GuBard tampil buat laporan SPRM. maka pada 13 Jul. che'GuBard bersama tem,an-teman SAMM Pulau Pinang bersama juga wakil Dewan Pemuda PAS dan AMK P.Pinang hadir ke SPRM P.Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan juga bberapa bukti yang masih belum disiarkan. klikhttp://chegubard.blogspot.com/2011/07/samm-tampil-buat-laporan-sprm-isu.html
  • Ketika membuat carian mengenai barang-barang kemas Imelda Rosmah terjumpa pula gambar Rosmah Mansor yang sedang menggayakan gelang tangan yang sememangnya dari Jacob & co yang merupakan syarikat pengeluar belian RM24.45j tersebut. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-memang-penggemar-jacob-co.html ini menguatkan hujah bahawa Imelda Rosmah memang peminat barangan Jacob & co.
  • Pengampu makin hilang punca dan menyerang yang kononya tidak masuk akal belian bernilai RM24.45 j wujud. Posting ini hanya untuk buktikan bahawa belian lebih mahal juga wujud dalam dunia yang mana manusia rakus mengejar kemewahan ini. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/masuk-akal-atau-tidak-cincin-bernilai.html
  • SPRm tidak boleh berdolak dalih perlu tampil untuk nyatakan pendirian mengenai kewujudan belian ini. Klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html posting ini membuktikan bahawa sememangnya beberapa hari sebelum belian ini masuk ke Malaysia, Rosmah dan suaminya Najib baru sahaja pulang dari New York untuk lawatan ke sana.
  • Sah bukan dipalsukan bukti tersebut kerana SPRM telah menyerbu KLIA dan A.Krishnan (yang tidak bersalah) diambil dari petang hingga subuh. Siasatan SPRM pula tumpu kepada bagaimana cukai boleh kosong. nampak sangat SPRM tidak buat kerja rumah. Najib pada belanjawan yang lepas sememangnya telah menghapuskan cukai perbagai perkara seperti pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Kini baru rakyat sedar bahawa pemasuhan cukai itu mungkin ada kena mengena dengan perangai Imelda Rosmah yang akan bawa masuk perbagai barang hiasan mewah. Sistem kastam juga telah 'diganggu' selama tiga jam. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sistem-kastam-down-3-jam-semalam-dan.html dalam posting ini juga dinyatakan rupanya gelang Rosmah yang dibeli dari Jacob & co itu bernilai RM1.6 juta (paling murah) berdasarkan respon email Jacob & co sendiri
  • Pengampu panik bukti tersebut bukan palsu dan ternyata benar belian RM24.45 j masuk dan ada terkait Rosmah di dalam dokumen tersebut maka mereka masuk fasa baru dalam mengampu berkenaan isu ini. maka muncul borang kedua kononya belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singapura pula selepas 4 hari di Malaysia. Konon belian itu untuk pameran di tempat rumah VVIP rahsia dengan tetamuVVIP rahsia. Semua sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip. Namun borang kastam kedua itu banyak kelemahan klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html
  • Tiba - tiba jumlah pelayar blog ini meningkat mendadak, jumlah komen juga meningkat. Hampir semua komen diluluskan kecuali yang mencarut dan lucah melampau. ternyata pengampu Umno terpaksa bertungkus lumus menjawab. kebanyakan komen dari IP yang sama termasuk yang mencarut kemudian hantar pula hadis nabi. Ini pula posting yang menyatakan komen seorang orang lama dalam Kastam mengenai kewujudan pembelaan kononya barang tersebut untuk pameran klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/maklumat-dari-orang-kastam-edyess.html
Persoalanya mula - mula tuduh pendedahan palsu, kemudian tuduh pula untuk pameran... tetapi Imelda Rosmah tetap diam.

Rosmah yang samalah yang selama ini membazir bukan sedikit wang rakyat.

Ada pula geng pengampu Imelda yang tuduh kononya komplot serangan ini ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin jawapanya ialah ia tidak ada kena mengena. Kalau mereka ada masalah antara mereka pun che'GuBard tak minat campur. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/04/khairy-mengelabah-konon-orang-nak.html

Perlukah...


Kenapa perlu membandingkan antara Kelantan dengan Melaka?. Secara teknikalnya, mungkin apa yang ada di papan kenyataan tu betul. Tapi kerajaan Melaka di bawah kepimpinan BARISANG NASIONALeter, manakala Kelantan, Pakatan Rakyat. Ambe nak usik satu jek pasal Melaka, kalau betullah maju, cuba-cuba lah baiki keadaan Jalan, kurangkan kesesakan, dan tutup sementara pusat2 hiburan di bulan RAMADHAN.Boleh EN ALI BIN RUSTAM ( dato dia dah terticicir, masa naik kete...miahahahahah)

Kerajaan Kelantan di SAMAN..?

UDAH berulang kali dijelaskan dan diingatkan oleh Kerajaan Pusat pimpinan Rosmah Mansor, bahawa kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk melulus ataupun mengharamkan judi dan loteri di negeri masing-masing.



Tapi Kerajaan Negeri Kelantan tetap berdegil. Kerajaan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz tetap juga mahu mengharamkan judi dan loteri di Kelantan. Akibatnya, kerajaan negeri yang mengamalkan dasar "membangun bersama Islam" itu telah disaman oleh 3 orang penyokong Lady Gajah yang tidak bersetuju perjudian dihapuskan di Kelantan [Utusan].

Jumaat, 15 Julai 2011

BERSIH di London



BIARPUN dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.

Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.

Tambah malang nasib Najib, tidak cukup dengan gelombang kuning yang mengejarnya di luar bangunan, Ratu Elezabeth yang ditemuinya turut memakai pakaian kuning bagi menyambut pemimpin kejam yang membelasah peserta perhimpunan aman di ibu negara tempoh hari.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/najib-dikejar-gelombang-kuning-di.html#ixzz1SATGb36E

Farid ridzuan Penasihat NAJIB..?!

TIDAK hairanlah semua Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad termasuklah TV3 sentiasa menjadi alat propaganda Rosmah dan pemimpin-pemimpin gerombolan songkok tinggi. Setiap hari rangkaian media-media di bawah Media Prima tidak henti-henti mengampu kerajaan Rosmah Mansor.

Hasil siasatan perisik sukarela yang menghantar maklumat kepada MiLo SuaM, mendedahkan bahawa Chief Executive Officer, CEO Media Prima, Dato' Sri Ahmad Farid Ridzuan dilantik oleh Najib menjadi penasihat komunikasi isteri Rosmah. Gambar signboad berikut diambil berdekatan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.
 


Big Boss Media Prima ini dilantik sebagai penasihat komunikasi Najib Razak, isteri Rosmah Mansor. Dengan jawatan bertaraf timbalan menteri itu, maka tidak hairanlah semua rangkaian media di bawah Media Prima menjadi alat propaganda kerajaan Rosmah Mansor.