"Hai orang2 yang beriman, jika datang kepada mu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

IsLAM AdIL

IsLAM AdIL

Isnin, 10 Januari 2011

Insya ALLAH




Program 100 Hari PAKATAN RAKYAT
( Menang P.R.U 13 )
                                         
Pakatan Rakyat akan melaksanakan repormasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang di gariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami, Pakatan Rakyat mendapat mandat, akan melaksanakan program berikut :

1.         Mereformasikan institut-intitut penting Negara seperti S.P.R, S.P.R.M., Pejabat
Peguam Negara dan P.D.R.M untuk mengembalikan kewibaan kepada sistem
pentadbiran kerajaan.

2.         Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( I.S.A )

3.         Mengarahkan Khazanah Berhad, K.W.S.P dan lain-lain badan milik kerajaan
yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurkan ambil alih aset lebuhraya
oleh kerajaan dengan tujuan mengahapuskan tol.

4.         Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak
swasta ( seperti subsidi gas sebanyak RM 19 bilion kepada penjana bebas )
dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.


5.         Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur
gaji bermula dengan manaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM 500.00 sebulan
setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6.         Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi
pengurusan air yang di uruskan swasta kepada kerajaan.

7.         Menyediakan WI-FI percuma kepada penduduk di kawasan separa bandar &
bandar.

8.         Membatalkan  Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini
diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9.         Menaikkan royalti minyak 20% kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan
Kelantan.

10.       Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa
izin dan kerakyatan di Sabah.



                                                                                                                                                                      
                     pasbukitberuang@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan