"Hai orang2 yang beriman, jika datang kepada mu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

IsLAM AdIL

IsLAM AdIL

Selasa, 23 Ogos 2011

Tiga Menteri Didakwa Bersubahat Menjatuh KHIR TOYO

pas.bukit beruang

syukran milosuam

SEJAK dari awal lagi rakyat Selangor sudah mengetahui bahawa tindakan menghukum Khir Toyo atas tuduhan rasuah hanyalah sandiwara pihak tertentu untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional.

Kes rasuah melibatkan Khir Toyo sudah bergema sejak lama dahulu, namun baru kini dibicarakan. Terlalu jelas menunjukkan bahawa Khir Toyo dibicarakan kerana beliau sudah tidak ada guna lagi di dalam Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak). Khir Toyo mahu dibuang dari Umno kerana sudah tiada guna.

Namun penyokong dan pemimpin United Malays No Otak menafikan dakwaan itu. Kononnya mereka difitnah oleh pembangkang. Macam-macam alasan diberikan bila ditanya kenapa baru hari ini Khir Toyo baru nak dibicarakan?

Akhirnya penipuan United Malays No Otak terjawab. Dibongkarkan sendiri oleh Khir Toyol. Ibarat penyamun jual perompak, begitulah keadaannya. Khir Toyol mendedahkan bahawa ada 3 menteri yang mahu dirinya dimasukkan ke penjara untuk Umno menawan kembali Selangor.
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.
“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya. Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa. “Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Khir Toyo mesti dipenjarkan.
 
source : malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan